Taman Rekreasi Bandar Baru Sungai Buloh sudah dinaik taraf. Syabas diucapkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam kerana melaksanakan projek tersebut. Kerja-kerja naik taraf Taman tersebut amat perlu memandangkan keadaanya yang amat tidak memuaskan sebelum ini.
Taman ini merupakan tempat yang amat sesuai dan disukai untuk aktiviti-aktiviti riadah, bersenam, jogging atau berjalan-kaki terutama sekali bagi warga "Senior". Seperti biasa selepas berjemaah suboh di Surau Al-Ikhwan, sebahagian dari mereka akan berjemaah di sini pula. Tidak ketinggalan juga, selepas itu mereka akan beralih ke warung-warung berdekatan untuk berserapan dan teh tarik.
Semoga taman ini dijaga sebaik-baiknya oleh kedua-dua belah pihak, yakni penduduk Bandar Baru Sg Buloh dan juga pihak MBSA.
No comments:
Post a Comment